Di sebuah kg ada 3 org remaja
yg suka lepak. Sorang tu nama
dia Ali, sorang tu Budin dan
sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian
depa ni menybbkan tok imam
tak senang duduk. Padd satu
hari tok imam tu datang dengan
niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa
insiden cabar-mencabar. Tok
imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib
nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam
ingat kami ni jahil sangat ke?
Takpa, nanti kami buktikan yg
kami bukan la jahil sangat seperti
yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk
waktu Maghrib pegilah malaun 3
ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan.
Tanpa berlengah terus je Ali
azan, "Allah Ta'ala... Allah
Ta'ala...". Dengan segera tok
imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh Tok
Bilal azan semula. Terselah
kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak
sembahyang tok imam pun
mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat
sekali tak khusyuk, angkat 2 kali
pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin
panggil tok imam. "Tok,tok
duduk kat belakang, biar saya
jadi imam." Tok imam pun undur
le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul
ihram. "Allahu akbar!" Maka
para makmum pun ikut angkat
takbiratul ihram & memulakan
solat. Tiba-tiba je si Budin ni
pusing ke belakang dan berkata,
"Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg
lain-lain pun ikut berenti sambil
ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si
Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus
ke depan jadi imam solat
tersebut bermula dari takbir
sampai le habis sembahyang.
Siap dg wirid-wiridnya sekali.
Punyalah respek tok imam kat si
Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-
memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk
lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku
semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu &
terpana...
No comments:
Post a Comment